Ciri-ciri FitzFlow

Semua keperluan salon, dalam satu aliran yang jelas.

Tempahan, jualan POS, pakej, pelanggan, staf, stok, dan laporan kekal bersambung. Modul lanjutan ikut pelan yang dipilih.

Tempahan Jualan & Closing Cetakan Resit Pelanggan & Pakej Staf & Komisen Inventori Laporan Pemilik
Kaunter salon menggunakan tablet POS bersama printer resit thermal Bluetooth
Cetakan resit

Selesaikan jualan terus di kaunter.

App direka untuk berfungsi dengan banyak printer resit thermal Bluetooth yang biasa digunakan pada peranti iOS dan Android yang disokong, tanpa terikat kepada satu model printer sahaja.

  • Setup iOS dan Android
  • Workflow thermal Bluetooth generik
  • Preview resit sebelum cetak

Keserasian bergantung pada protokol printer, peranti mudah alih, dan versi sistem operasi. Setup printer diasingkan untuk iOS dan Android.

Screenshot kalendar tempahan FitzFlow
Operasi harian

Tempahan kekal bersambung dengan staf, cawangan, dan konteks pelanggan.

Urus jadual melalui kalendar yang jelas, tugaskan staf yang betul, dan pastikan status tempahan boleh dilihat sebelum pelanggan sampai ke checkout.

  • Kalendar tempahan
  • Paparan cawangan dan staf
  • Status tempahan
  • Konteks pelanggan semasa booking
Kenapa penting Kaunter tahu apa berlaku hari ini, dan pemilik kurang terkejut semasa waktu sibuk.
Screenshot jualan dan POS FitzFlow
POS dan kawalan

Jualan, resit, daily reconcile, dan monthly close bergerak dalam satu aliran.

Rekod servis, produk, pakej, dan split payment dalam POS, kemudian semak hari melalui daily reconciliation dan lindungi tempoh yang telah ditutup dengan monthly close.

  • Jualan servis, produk, dan pakej
  • Rekod split payment
  • Cetakan resit dari app dan browser
  • Daily reconcile dan monthly close
Kenapa penting Nombor jualan lebih mudah dipercayai kerana checkout, komisen, laporan, dan closing tidak terpisah.
Screenshot dashboard ringkas FitzFlow
Retention

Profil pelanggan, pakej, membership, dan nota menyokong servis berulang.

Rekod pelanggan bukan sekadar maklumat kontak: sejarah lawatan, baki pakej, kredit prabayar, reminder renewal, nota persetujuan, dan nota foto.

  • Sejarah lawatan dan jualan
  • Pakej sesi dan kredit
  • Reminder renewal membership
  • Consent, photo notes, dan follow-up
Kenapa penting Pasukan boleh melayan pelanggan berulang dengan konteks, bukan bergantung pada ingatan atau nota bersepah.
Screenshot komisen staf FitzFlow
Visibility pasukan

Kerja staf, target, kehadiran, dan komisen lebih mudah disemak.

Sambungkan aktiviti staf kepada jualan dan servis sebenar, dengan rekod komisen yang boleh disemak, diluluskan, dan dibayar tanpa menulis semula sejarah bayaran.

  • Profil dan peranan staf
  • Visibility kehadiran
  • Approval dan status paid komisen
  • Akses mengikut peranan
Kenapa penting Pemilik boleh mengurus prestasi dan bayaran pasukan dengan rekod yang lebih jelas dan kurang kiraan manual.
Screenshot inventori produk FitzFlow
Kawalan stok

Inventori menjejak jualan, penerimaan, penggunaan, stocktake, dan keperluan reorder.

Pergerakan produk kekal bersambung kepada bisnes: jualan mengurangkan stok, receiving menambah stok, stocktake melaras kiraan, dan penggunaan servis boleh direkod apabila perlu.

  • Inventori dan pergerakan produk
  • Supplier receiving
  • Stocktake dan penggunaan servis
  • Cadangan reorder
Kenapa penting Stok menjadi sebahagian daripada ritma operasi, bukan hanya diketahui apabila rak sudah rendah.
Screenshot laporan FitzFlow
Kejelasan pemilik

Laporan dan alert membantu pemilik melihat perkara yang perlu diberi perhatian.

FitzFlow membawa alert harian, setup health, ringkasan jualan, aktiviti pelanggan, visibility stok, dan export dalam satu paparan operasi untuk pemilik.

  • Operational alerts dan daily close
  • Laporan jualan dan komisen
  • Laporan pelanggan dan stok
  • Sokongan export dan print
Kenapa penting Pemilik boleh menyemak bisnes daripada sistem, bukan mengejar spreadsheet, chat, dan rekod kertas berasingan.
Arah produk

Lengkap, tetapi tidak terlalu rumit.

FitzFlow direka untuk meliputi operasi salon sebenar sambil memastikan kawalan pilihan tidak mengganggu sehingga bisnes memerlukannya.

01

Self-serve dahulu

Pemilik boleh mula dengan setup berpandu tanpa menunggu konsultan.

02

Kawalan bila perlu

Daily reconcile, monthly close, rekod audit-safe, dan semakan status tersedia tanpa memaksa semua pengguna berfikir seperti akauntan.

03

Satu sumber data

Jualan, pelanggan, staf, stok, pakej, dan laporan berkongsi data operasi yang sama supaya kurang drift.

Sedia melihat aliran ini dengan data salon anda sendiri?

Mulakan percubaan, tetapkan negara bisnes, kemudian teroka tempahan, POS, pelanggan, pakej, staf, stok, dan laporan dari backend.

Mula Percubaan 7 Hari